Rahsia Pelajar Cemerlang

Rahsia Pelajar Cemerlang

Setiap individu mempunyai rahsia mereka yang tersendiri untuk menjadi pelajar cemerlang. Oleh hal yang demikian terdapat pelbagai cara ataupun langkah yang boleh dipratikkan serta boleh dijadikan amalan harian kepada mereka yang ingin berjaya. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menjadi pelajar cemerlang.

1. Berdisiplin
Faktor utama yang mendorong kepada kejayaan seseorang pelajar adalah sikap disiplin. Hal yang demikian disiplin merupakan tonggak utama dalam melatih diri untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Apabila kita menerapkan sikap disiplin dalam diri, kita akan sentiasa melakukan sesuatu pekara dengan lebih bersungguh-sungguh. Kita dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan pekara yang tidak berfaedah. Justeru disiplinkan diri, kuatkan semangat dan lawan kemalasan supaya matlamat untuk berjaya tercapai.

2. Fokus

Fokus adalah amat penting apabila kita sedang melakukan sesuatu. Kita hendaklah sentiasa fokus apabila melakukan sesuatu supaya, apa sahaja yang kita lakukan dapat kita selesaikan dalam masa yang telah ditetapkan. Pelajar yang cemerlang sentiasa fokus melakukan sesuatu perkara, oleh itu mereka dapat mencapai apa yang mereka telah tetapkan untuk berjaya.
3. Rajin Bertanya
Bak kata pepatah Melayu, “malu bertanya sesat jalan”, kita sebagai pelajar hendaklah rajin bertanya kepada yang lebih arif supaya kita tidak ketinggalan dalam menuntut ilmu. Jika ada persoalan yang bermain di minda kita, janganlah kita hnya memikirkannya sahaja. Kita haruslah mempunyai inisiatif untuk bertanya.

4. Kesungguhan

Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Janganlah bersikap seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Apabila kita mempunyai kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara, apa yang kita lakukan akan cepat diselesaikan. Kita berkobar-kobar untuk menyelesaikan perkara itu. Contohnya, kita hendak menjadi seorang yang berjaya, apabila mempunyai kesungguhan, kita akan berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan.

Comment ( 1 )

  • Rahsiapelajarcemerlang

    Terima kasih atas info yang sangat berguna buat pelajar-pelajar, dengan langkah ini boleh lah pelajar berusaha untuk menjadi lebih cemerlang selepas ini.

Post a Reply