Peranan Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak-Anak

Peranan Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak-Anak

Ibu bapa merupakan tonggak utama dalam pendidikan anak-anak. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pendidikan anak-anak. Mereka bertanggungjawab dalam menyediakan pendidikan yang secukupnya selain daripada keperluan harian. Setiap ibu bapa diwajibkan untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Oleh itu terdapat beberapa peranan yang harus dijalankan bagi memenuhi keperluan pendidikan anak-anak mereka.

1. Mengambil berat

Sebagai ibu bapa, kita seharusnya mengambil berat akan pendidikan anak-anak kita. Sikap ambil berat adalah sangat penting dalam mendidik anak-anak. Hal ini kerana, apabila kita mengambil berat akan pelajaran mereka, mereka akan rasa lebih disayangi dan dihargai lantas, menaikkan semangat mereka untuk belajar. Apabila waktu makan, ataupun semasa berkumpul dengan anak-anak, luangkan sedikit masa untuk bertanya kepada mereka akan perkembangan pelajaran mereka.

2. Memberikan sokongan

Sokongan daripada ibu bapa adalah amat penting dalam pendidikan anak-anak. Tanpa sokongan dari kita sebagai ibu bapa, anak-anak merasakan mereka tidak dihargai dan tidak bersemangat untuk belajar. Sokongan yang dapat diberi adalah seperti galakan, sokongan moral dan sokongan dari segi kewangan. Sebagai contoh, sekiranya anak kita minat akan sesuatu pekara ataupun dalam sesuatu bidang dalam pendidikan, kita sebagai ibu bapa seharusnya memberikan sokongan yang sepenuhnya terhadap mereka.

3. Memberikan pendidikan tambahan

Selain itu, ibu bapa juga boleh memberikan pendidikan tambahan kepada anak-anak mereka seperti menghantar mereka ke kelas tambahan di luar waktu sekolah ataupun mengupah seorang guru peribadi untuk anak-anak mereka. Pendidikan tambahan dapat membantu anak-anak kita lebih faham akan apa yang telah dipelajari di sekolah. Ini merupakan ibarat suatu bonus kepada mereka jika mereka mendapatkan pendidikan tambahan. Apabila menghadiri kelas tambahan, anak-anak dapat mempelajari subjek yang telah dipelajari dengan lebih mendalam.

4. Menjadi contoh kepada anak-anak

Ibu bapa seharunya menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Orang pertama yang dikenali oleh anak-anak sejak mereka lahir lagi adalah ibu bapa. Setiap orang akan menjadikan ibu bapa mereka sebagai idola. Justeru itu, ibu bapa seharusnya memberikan contoh yang terbaik kepada anak-anak mereka. Mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka apabila sudah dewasa nanti bak kata pepatah, kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.

Comments ( 2 )

Post a Reply