Kepentingan Kokurikulum

Kepentingan Kokurikulum

Sejak di bangku sekolah lagi kita telah diperkenalkan dengan aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum ialah aktiviti selepas waktu pembelajaran dan pengajaran. Setiap sekolah ataupun intitusi pengajian mempunyai aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum ini amat dititik beratkan di setiap sekolah mahupun institusi pengajian. Aktiviti kokurikulum mempunyai banyak faedahnya kepada pelajar. Berikut merupakan faedah-faedah aktiviti kokurikulum.

1. Amalan Gaya Hidup Sihat

Aktiviti kokurikulum dapat mengekalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan setiap pelajar. Aktiviti kokurikulum terdiri daripada badan beruniform, persatuan dan kelab-kelab yang ditubuhkan di sebuah sekolah mahupun institusi pengajian tersebut. Kelab-kelab sukan yang ditubuhkan di sekolah mahupun institusi pengajian merupakan salah satu contoh aktiviti kokurikulum yang dapat disertai oleh pelajar. Apabila pelajar aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti kelab sukan bola tampar, bola sepak, olahraga dan lain-lain lagi, pelajar tersebut secara tidak lansung telah mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Dengan bersukan kita dapat mencergaskan fizikal dan minda kita.

2. Meningkatkan tahap kepimpinan diri

Melalui aktiviti kokurikulum, kita dapat meningkatkan tahap kepimpinan dalam diri kita. Apabila mengikuti aktiviti kokurikulum, kita akan belajar cara-cara untuk menjadi seorang pemimpin. Di setiap persatuan mahupun kelab, mempunyai carta organisasinya tersendiri, apabila kita memegang sesuatu jawatan di dalam organisasi persatuan ataupun kelab tersebut, secara tidak lansung ia dapat melatih diri kita untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber. Selain itu, apabila kita menyertai aktivit kokurikulum, kita akan dilatih untuk menjadi seorang pemimpin sebagai contoh, apabila persatuan ataupun kelab tersebut mengadakan kem kepimpinan. Banyak pekara yang dapat kita pelajari melalui aktiviti tersebut untuk kita menjadi pemimpin yang berjaya.
3. Meningkatkan kemahiran insaniah

Menyertai aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri kita. Kemahiran insaniah amat berguna kepada diri kita apabila kita melangkah ke alam pekerjaan. Justeru itu, aktiviti kokurikulum amatlah penting bagi kita bagi meningkatkan kemahiran insaniah. Apabila menyertai aktiviti kokurikulum, kita dapat berkomunikasi dengan ramai orang. Dengan berkomunikasi dengan ramai orang, kita akan dapat melatih diri kita menjadi seorang yang fleksibel. Kita dapat menyelesaikan masalah dengan pantas, membuat keputusan dengan betul. Setiap orang mempunyai pelbagai ragam, lantas dari aktiviti kokurikulum ini kita dapat belajar berkomunikasi dengan setiap individu yang berlainan ragam.

4. Memupuk sikap perpaduan

Negara kita Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak. Sikap perpaduan adalah amat penting dalam diri kita rakyat Malaysia. Oleh itu, melalui aktiviti kokurikulum, kita dapat memupuk sikap perpaduan dalam kalangan pelajar. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, di alam remaja inilah kita harus memupuk sikap perpaduan dalam diri kita. Setiap aktiviti kokurikulum mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli kumpulan akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini kita dapat mengeratkan silaturahim antara ahli kumpulan lantas memupuk sikap perpaduan dalam diri kita.

No Comments

Post a Reply